Sistem menculik. Agama merupakan medium pendidikan yang perlu

Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi
membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Melalui pendidikan,
nilai–nilai mulia seperti hormat menghormati, bertoleransi, bekerjasama dan
aspek- aspek moral dapat diterapkan kepada masyarakat untuk melahirkan pewaris
negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing dan bijak dimana ianya
sangat penting untuk memupuk nilai- nilai mulia dikalangan masyarakat. Pendidikan merupakan salah satu faktor
yang mempengaruhi kepada keruntuhan nilai–nilai mulia. Dengan berlandaskan
Falsafah Pendidikan Negara, pelajar-pelajar didedahkan kepada nilai-nilai mulia
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui mata pelajaran
seperti matapelajaran Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup
dan matapelajaran yang lain. Pendidikan ini tidak terhad hanya di sekolah
semata- mata.

 

Ibu bapa juga memberikan didikan moral dan agama dalam kehidupan seharian
anak- anak sejak dari kecil lagi. Di samping itu, remaja juga sering didedahkan
tentang penerapan nilai-nilai mulia melalui media massa. Merujuk kepada perkara
di atas, remaja telah diterapkan nilai-nilai mulia melalui pelbagai saluran
seperti mana yang diperkatakan. Walau bagaimanapun, kurangnya tahap pendidikan
serta kesedaran tentang kepentingan pendidikan sivik telah mengakibatkan
berlakunya peningkatan gejala keruntuhan akhlak, kemerosotan disiplin dan nilai
sosial semakin berleluasa pada akhir tahun 1990an sehinggalah ke hari ini. Zaman remaja
merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman
remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam
kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang
sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil
seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Remaja yang terkandas dalam
pelajaran mempunyai masa lapang yang banyak. Oleh itu, mereka bergaul dengan
rakan-rakan yang juga tidak bersekolah, dan bermula dari situlah mereka
berkenalan dengan dadah, pil ecstasy, pusat-pusat hiburan dan lumba haram serta
berjudi. Kegiatan tersebut memerlukan wang yang akan mendorong mereka melakukan
kegiatan haram seperti mencuri samun, merompak dan menculik.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 

Agama merupakan medium pendidikan yang perlu
diterapkan kedalam jiwa setiap penganutnya dari peringkat kanak- kanak
lagi.  Semua agama mengajar kepada kepada
kebaikan dan tatasusila serta nilai-nilai mulia yang harus diamalkan
pengikutnya tidak kira Islam, Kristian, Budhha, Hindu mahupun agama-agama lain
yang terdapat di dunia. Kurang didikan agama merupakan antara punca kemerosotan
nilai-nilai mulia kerana kurang pemahaman tentang nilai-nilai itu sendiri. Ibu
bapa berperanan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak.
Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai mulia selaras dengan norma
masyarakat pada hari ini amat penting dalam memastikan kerohanian yang mantap
dalam diri anak-anak. Ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama
karektor anak-anak. Didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-anak yang
dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jati diri yang utuh
untuk melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif.

 

 

1)     
Ekonomi

 

Selain daripada faktor pendidikan, ekonomi juga memainkan peranan yang
penting dalam pembentukan sahsiah seseorang individu.  Kegawatan ekonomi antara sebab keruntuhan
akhlak yang boleh dikatakan punca hubungan kekeluargaan didalam alam rumah
tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku
dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang
tidak harmoni dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi
pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

 

Tanpa keadaan ekonomi yang stabil dalam sesebuah keluarga, kehidupan
ahli keluarga tersebut akan terumbang-ambing seterusnya mendorong berlakunya
kemerosotan nilai- nilai  mulia dalam
sesebuah institusi kekeluargaan. Keadaan akan bertambah parah jika ada
dikalangan ahli keluarga yang terlibat dengan 
kesalahan jenayah seperti mencuri, menyamun, memasuki kumpulan haram
(kongsi gelap), menipu dan sebagainya. Mereka yang terjebak dalam masalah ini
tidak takut dengan sebarang undang-undang yang ada. Bagi mereka, kehidupan
adalah untuk menikmati segala bentuk kesenangan dan keseronokan. Tidak
dinafikan, manusia hari ini adalah manusia yang materialistik, kebendaan
menjadi agenda utama dalam kehidupan. Semua pihak berkejar dalam arus kepesatan
ekonomi sehingga tanggungjawab asasi dalam hubungannya dengan Allah s.w.t,
hubungannya dengan keluarga dan hubungannya dengan alam semesta
dipinggirkan. Lantas berlakunya masalah pengabaian kasih sayang ibu bapa
terhadap anak contohnya sehingga anak- anak terlibat dengan berbagai masalah
keruntuhan akhlak seperti penyalahgunaan dadah, merompak, merogol, berjudi dan
lumba haram.

 

Dengan keadaan taraf hidup yang semakin meningkat, kebanyakan ibubapa
pada masa kini terpaksa bekerja keras dan banyak menghabiskan masa di tempat
kerja untuk menambahkan pendapatan isi rumah semata- mata untuk memberi
keselesaan kepada keluarga mereka. Mereka sebagai ibubapa terlalu taksub dengan
dunia pekerjaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa
untuk mendidik anak-anak.

 

Ketaksuban mencari kemewahan mengakibatkan hubungan kekeluargaan
tersebut menjadi terhad dan terbatas. Lantas kurangnya ikatan kasih sayang yang
terjalin menyebabkan anak-anak hilang rasa hormat terhadap kedua ibubapa,
sesama ahli keluarga dan masyarakat setempat. Tekanan hidup, sikap mengejar
kemewahan serta penglibatan aktiviti sosial yang lain menyebabkan ibubapa dan
anak-anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang dan
berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan
ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan
ibubapa. Kesan daripada keadaan ini akan mengakibat terhakisnya sifat- sifat
serta nilai- nilai mulia dalam kehidupan seharian kita.

 

Pada tahun 2016 media sekali lagi merencanakan isu bertajuk “kita sudah
kurang budi bahasa” akibat permasalahan ini. Penulis rencana ini merupakan
aktivis masyarakat iaitu Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan bahawa gejala sosial
yang semakin membimbangkan menunjukkan institusi keluarga merupakan mangsa
utama kemajuan ekonomi dan sesebuah negara khususnya di Malaysia. Majalah
‘Readers Digest’ telah menyenaraikan Kuala Lumpur menduduki tangga ke-34 antara
negara yang ‘kurang sopan’. Walaupun masyarakat kurang pasti sejauh mana
kebenaran kenyataan ini, hakikatnya nilai kemajuan sesebuah ekonomi negara kita
tidak memiliki kuasa untuk mengubah keluarga yang menghadapi masalah kerana ibu
bapa merupakan tunjang dalam mensosialiskan keluarga. Kesibukan dunia pekerjaan
menyebabkan ramai kanak-kanak terabai dan meruntuhkan nilai-nilai murni, budi
bahasa dan etika kerana tekanan keluarga yang tidak seimbang (Utusan, 2016).

 

 Jurnal of Human Capital
Development merupakan antara kajian terbaik berkenaan impak negatif yang lebih
ketara apabila ibu bapa kurang mensosialiskan keluarga kerana kesibukan bekerja
di Malaysia. Metodologi kajian ialah berpusatkan perumahan di kawasan bandar
iaitu Kampung Kerinchi Kuala Lumpur di sebuah rumah pangsa. Kebanyakan isu ini
dihadapi kerana faktor ekonomi melibatkan golongan berpendapatan rendah
khususnya golongan bapa. Bapa dalam sesebuah keluarga sememangnya memikul
tanggungjawab yang besar terutamanya apabila membesarkan anak-anak yang telah
meningkat remaja. Apabila ramai dalam kalangan bapa yang keluar bekerja seawal
pagi hingga lewat petang, menyebabkan anak-anak remaja lebih rapat bersama ibu
di rumah. Namun apabila ketegasan seorang bapa kurang diterapkan dalam
mendisiplinkan tingkah laku anak-anak, ramai yang semakin berani melawan ibu
mereka, tidak hormat malah memukul ibu mereka. Purata 55.3% hasil kajian ini
iaitu melalui temubual menunjukkan golongan anak-anak tidak puas hati dengan
layanan kasih sayang ibu bapa masing-masing dan tidak mengira jantina.

 

 

2)     
Emosi Dan
Psikologi

 

Hasil Laporan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
menunjukkan pegangan nilai kehidupan keluarga di Malaysia kian berubah. Salah
satu perubahan yang paling ketara ialah sikap ibu bapa yang terlalu sibuk
bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dalam membentuk
sahsiah diri anak-anak dari segi emosi dan psikologi (Krishnan, M 2015). Selain
itu, Ahmad et.al (2015) menjelaskan masalah kecelaruan seksual seperti
homoseksual dan lesbianis dalam kalangan remaja berpunca daripada kesibukan ibu
bapa terhadap kerjaya yang menyebabkan kurangnya perhatian dan kasih sayang.

Sikap pilih kasih seperti bapa yang lebih rapat
terhadap anak perempuan berbanding ibu disebabkan faktor kesibukan bekerja juga
menyebabkan punca isu lesbian berlaku. Tidak dinafikan, zaman moden kini
menyebabkan tekanan ibu bapa semakin tinggi untuk meningkatkan sumber pendapatan
demi memenuhi keperluan dan kehendak menyebabkan segelintir ibu bapa sukar
untuk kerap berada di rumah. Kajian psikologi membuktikan persepsi ibu bapa
dalam membentuk personaliti anak-anak sekarang telah berubah seiring dengan
pembangunan dunia. Kesannya anak-anak menjadi lebih sensitif, beremosi akibat
merajuk dan tidak dipujuk oleh ibu bapa. Kajian ini menjelaskan masa yang
diperuntukkan seorang bapa yang bekerja hanyalah selama tiga minit sehari untuk
berbual dengan anak-anak. Ibu pula dilihat lebih banyak menhabiskan masa di
tandas bersama-sama anak jika dibandingkan masa yang diperuntukkan untuk
bermanja bersama bersama anak kecil (Utusan, 2012). Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap 954 responden dari
pelbagai industri pekerjaan di Malaysia, mendapati 63% pekerja tidak meluangkan
masa yang cukup bersama keluarga disebabkan oleh bebanan kerja. Malah, sehinggakan
ada yang bekerja lebih masa dari dua hingga tiga jam selepas tamat waktu
bekerja (Noraini & Nor Diana 2015). Kesannya mereka tidak dapat meluangkan
masa secukupnya dengan keluarga sehinggakan 75% daripada mereka menyatakan
bahawa hari cuti mereka terganggu akibat kerja berlebihan masa (Noraini &
Nor Diana 2015). Akibat kesibukan bekerja maka timbul isu pengabaian penjagaan
anak. Contohnya, terdapat kes kanak-kanak terjun dari balkoni rumah kerana didapati
dibiarkan bersendirian oleh ibu bapanya yang sibuk bekerja (Kohilah 2015).  Malah isu berhenti kerja, tidak puas hati
terhadap majikan serta tekanan di tempat kerja telah menyebabkan juga timbulnya
isu kepincangan rumahtangga apabila pekerja tidak dapat memberikan tumpuan terhadap
keluarga dengan baik selain isu stres dan kesihatan mental (Francis &
Gopinath Sangaran 2015).

 

 Dalam kajian Kim Hye Hyoung (2014) juga mendapati
keseimbangan kerjaya-keluarga dalam kalangan pekerja adalah tunggak utama dalam
mencapai kepuasan bekerja dan meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Dalam
cabaran dunia pekerjaan hari ini, pekerja juga terdedah dengan konflik peranan
(Muhamad Irwan, Wan Shahrazad & Mohd Shahfie 2016). Konflik ini boleh
berlaku apabila pekerja diberikan beban tugas ataupun tanggungjawab baru atau yang
bukan dalam kepakarannya. Akibatnya, didapati pekerja terpaksa bekerja dengan
lebih keras untuk belajar tentang skop tugas yang baru serta dalam masa yang
sama berhadapan dengan harapan tertentu pihak majikan. Menyesuaikan diri dengan
skop kerja baru dan kepuasan majikan dan 
pelanggan jika tidak dihadapi dengan baik mampu mengundang konflik dan
stres. Keadaan ini bukanlah mudah dan ianya membawa kepada tekanan kerana
pekerja merasakan mereka terlalu terbeban sehingga tidak mampu membahagikan masa
dengan baik bersama keluarga akibat tuntutan kerja (Md. Razak et al. 2014;
Muhammad Khalil, Idaya Husna & Muhammad Shafiq 2015). Tanggungjawab
terhadap keluarga termasuk menjaga keluarga yang sakit tanpa pembantu dan keewangan
yang mencukupi juga antara faktor para pekerja mudah menjadi tertekan (Nur
Saadah & Helma 2016).  Ianya bukan
sahaja memberi kesan terhadap keluarga mereka, malah turut  menjejaskan kesihatan dan prestasi kerja (Retu
 Atheya & Renu Arora 2014).

 

 

 

Apabila mereka tidak dapat
meluangkan lebih masa bersama keluarga maka segala ketidakpuasan hati akan dilepaskan
pada kerja dan sekaligus memberi kesan terhadap kualiti kerja kerana pekerja
yang berpuas hati terhadap suasana kerja yang baik serta mampu meluangkan masa
bersama keluarga cenderung untuk melaksanakan tugas dengan gembira dan
memberikan yang terbaik terhadap institusi (Yadav & Rani 2015).

 

3)      Zaman Teknologi Maklumat

 

Pada zaman masa kini, dunia
teknologi maklumat berkembang dengan begitu pesat seiring dengan pembangunan
teknologi masa kini. Setiap individu mempunyai tahap pengaruh yang berbeza-beza
terhadap media massa. Hal ini disebabkan perbezaan budaya, hubungan sosial
sehari-hari, corak pemikiran dan sebagainya. Era globalisasi masa kini memiliki
pengaruh yang kuat dalam kehidupan masyarakat. Perkembangan teknologi maklumat
boleh memberi impak yang positif dan negatif yang mana masyarakat hari ini
tersepit di antara dua pilihan. Satu pihak masyarakat menerima kehadiran
teknologi maklumat dari sudut positif manakala di pihak yang lain mereka
menilai kehadiran teknologi maklumat boleh menimbulkan pelbagai masalah negatif
dikalangan masyarakt hari ini. Dapatan kajian mengenai persepsi guru tentang penggunaan aplikasi
multimedia dalam pengajaran komponen sastera bahasa melayu menggunakan perisian
PPBK dalm pengajaran novel Istana Menanti
menunjukkan implikasi positif terhadap guru. Analisis yang dijalankan
menunjukkan bahawa dengan penggunaan kaedah PPBK, guru dapat meringankan beban
pengajaran mereka dan murid juga lebih tertarik dengan kaedah tersebut
berbanding kaedah bertatap muka yang memberikan tekanan kepada murid kerana
tempoh masa kelas yang begitu panjang. Menurut Nor’Aini Ahmad (2008),
pengkaedahan pembelajaran berbantu komputer membuka ruang kepada pelajar
meneroka pembelajaran sendiri, manakala guru pula bertindak sebagai fasilitator
yang mengawal pembelajaran pelajar. Hal ini membolehkan guru kurang terikat
sepenuhnya dengan jadual pengajaran di dalam bilik darjah ketika mengajar sesuatu
mata pelajaran. Perisian PPBK yang dibina telah bertindak sebagai tutor kepada
pelajar kerana perisian tersebut lengkap dengan isi pengajaran yang diperlukan
pelajar. Guru pula bertindak sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran
murid kerana perisian tersebut telah dibina untuk pelajar meneroka isi
pengajarannya sendiri.

 

Dalam satu kajian berasingan
yang dijalankan mengenai persepsi dan pengunaan media sosial dari perspektif
ibu bapa yang dijalankan pada 2014 pula mendapati bahawa komunikasi adalah penting dalam kehidupan
berkeluarga. Namun, terdapat pelbagai masalah yang berlaku dalam kalangan
remaja dewasa ini. Jaringan sosial interaktif atas talian seperti Facebook
dan MySpace telah menukar cara keluarga berkomunikasi. Kajian yang
dijalankan di Universiti Indiana, Amerika Syarikat berkaitan dengan pandangan
ibu bapa terhadap teknologi mendapati bahawa kanak-kanak yang terasing dari ibu
bapa akan menjadi lebih terasing kerana jaringan-jaringan yang wujud melalui
komputer.

Terdapat juga ibu bapa yang berpandangan bahawa Internet boleh membantu
kanak-kanak yang mengalami masalah tekanan. Hasil kajian juga menunjukkan
bahawa ibu bapa turut menggunakan media sosial Facebook dengan berbagai
tujuan. Seperti juga remaja, Facebook digunakan bagi tujuan  mengimbau kenangan, sokongan sosial, dakwah,
tidak mahu ketinggalan dari segi teknologi, mengakrabkan hubungan, tujuan
akademik, mengenali personaliti, ajakan rakan, alternatif realiti hidup,
tekanan keluarga, perkongsian aktiviti, komunikasi, mengurangkan tekanan,
sumber maklumat dan juga hiburan. Media sosial Facebook dapat membantu
penggunaan, tanpa mengira faktor umur untuk menjadi hiburan alternative melalui
berbagai ciri yang ditawarkan oleh media berkenaan.

 

Dapatan kajian ini dapat dikaitkan dengan
Teori Pengaruh Sosial mengandaikan bahawa persepsi dan penggunaan media
sebahagiannya bersifat konstruk sosial. Ciri-ciri media seperti richness
adalah sesuatu yang subjektif kerana dipengaruhi oleh sikap, kenyataan dan
tingkah laku orang lain di tempat kerja. Model Pengaruh Sosial mengandaikan
bahawa walaupun ciri-ciri media mempengaruhi persepsi dan penggunaan media,
ciri-ciri ini sebahagian dari formula persamaan yang menentukan persepsi dan
penggunaan media. Tambahan pula, persepsi terhadap ciri-ciri mungkin berbeza
antara individu lantaran dipengaruhi oleh sikap, pernyataan-pernyataan dan
sikap orang lain di tempat kerja. Dengan itu, media dan tugas merupakan
pemboleh ubah yang secara senyap mempengaruhi individu dan konstruk sosial.