Rajah paling kuat dan paling tahan lama untuk

Rajah
1.1 menunjukkan kerangka konseptual bagi kajian ini. Asas literasi dalam
pendidikan bahasa merupakan kebolehan murid untuk mengenal, menamakan dan
membunyikan huruf vokal dan konsonan yang membantu murid untuk membunyikan suku
kata dan seterusnya menyebut perkataan. Pengetahuan abjad diiktiraf sebagai penguat pencapaian yang paling
kuat dan paling tahan lama untuk pencapaian literasi kelak.

 

Murid
yang belum menguasai keseluruhan kemahiran asas bagi menamakan, membunyikan dan
menulis kelima-lima huruf vokal serta menamakan dan menulis kesemua 21 huruf konsonan
akan mengikuti rawatan AGP-K1. AGP-K1 merupakan sumber multimedia interaktif animasi
gerak pegun yang dibina untuk mengajar huruf vokal dan huruf konsonan. AGP-K1
terdiri daripada kiu-kiu visual kinestatik yang membolehkan huruf seolah-olah
bergerak seperti alat permainan, grafik bagi setiap huruf dan audio bagi setiap
perkataan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Teori Kognitif Jean Piaget oleh Jean Piaget (1896-1980) amat sesuai dalam kajian ini kerana kanak-kanak menguasai kemahiran
dan pengetahuan secara berperingkat bersama-sama dengan pertumbuhan fizikal.
Piaget telah mengemukakan empat peringkat perkembangan kognitif tetapi hanya
satu peringkat akan diberikan tumpuan dalam kajian ini iaitu peringkat
pra-operasi. Peringkat pra-operasi merupakan kanak-kanak pada peringkat umur
dua hingga tujuh tahun. Ciri-ciri kanak-kanak pada peringkat umur ini ialah
mereka dapat memahami persekitaraan melalui interaksi, mula berfikir dalam
bentuk simbolik, dapat menggunakan bahasa secara perlahan, memerlukan bahan
maujud untuk melihat dan menyentuh serta boleh membuat klasifikasi yang mudah.
Konsep Piaget Skema pula merujuk kepada stuktur mental yang digunakan oleh
kanak-kanak untuk menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi daripada
interaksi persekitarannya. Struktur mental berubah secara dinamik dan akan
sentiasa menyesuaikan diri kepada perkembangan mental dan pembelajaran yang
diterima.

 

AGP-K1 merupakan agen pedagogi yang digunakan
untuk mengukur peningkatan penguasaan menulis, menyebut dan membunyikan huruf
vokal dan menulis serta menyebut huruf konsonan. Selepas rawatan
AGP-K1 murid dijangka dapat menamakan huruf vokal dan huruf konsonan,
membunyikan huruf vokal serta menulis huruf vokal dan huruf konsonan. Dengan
itu, penguasaan murid dalam kemahiran Konstruk Satu iaitu huruf vokal dan huruf
konsonan merupakan pemboleh ubah bersandar yang ditentukan oleh pemboleh ubah
tidak bersandar iaitu pengajaran dengan mengintegrasi sumber multimedia AGP-K1.