Media pada tahun 1963 yang berfungsi bagi menyebarkan

Media dan
komunikasi di Malaysia telah berkembang dengan pesat bermula sejak awal tahun
1980-an. Pada ketika itu, kerajaan telah mengamalkan dasar liberal terhadap
perkembangan media dan memberikan kebebasan hak media dengan hasrat untuk
mewujudkan masyarakat yang bermaklumat. Hal ini bertepatan dengan corak
pemerintahan demokrasi yang dijalankan di Malaysia yang menuntut rakyat diberikan
saluran untuk bersuara dan menyampaikan pandangan serta diberikan akses kepada
sumber-sumber maklumat yang berkaitan dengan hal-ehwal negara tanpa wujud
sebarang sekatan.

Menyelak kembali
sejarah awal media umum di Malaysia, media mula bergerak dalam bentuk penulisan
kewartawanan ketika era Malaysia masih lagi dijajah. Peranan media pada ketika
itu adalah untuk meniupkan semangat kenegaraan dan kemerdekaan. Perjuangan
kemerdekaan melalui mata pena pada masa itu berjaya menyebarkan semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat oleh kerana akhbar dan majalah merupakan
media utama rakyat bagi mendapatkan sumber maklumat. Idea dan kata-kata
semangat yang berjaya disalurkan melalui media penulisan dizahirkan dengan
penentangan terhadap penjajah di seluruh pelusuk Malaya (Hasrul & Bahiyah,
2011).

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Sebelum dasar
liberal terhadap media diamalkan, kerajaan telah menubuhkan sebuah agensi
penyiaran kerajaan yang dinamakan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Agensi ini ditubuhkan
pada tahun 1963 yang berfungsi bagi menyebarkan maklumat dan  menyampaikan dasar-dasar kerajaan. Selain
daripada itu, agensi yang dikawal selia oleh Jabatan Penyiaran Malaysia ini
juga menyelitkan program-program hiburan seperti drama dan rancangan-rancangan
yang santai. Kehidupan rakyat Malaysia pada ketika itu berada dalam transisi
kemodenan setelah menikmati kemerdekaan selama 6 tahun. Peranan utama RTM pada
ketika itu adalah untuk menyebarkan maklumat-maklumat penting kepada rakyat di
samping membuka saluran untuk rakyat mengenali dunia luar.

Kedatangan
teknologi televisyen ke dalam arena penyiaran telah menambahkan lagi satu
elemen baru dalam kehidupan masyarakat. Kewujudan teknologi televisyen ini
telah menjadi satu fenomena bagi masyarakat yang sebelum ini rata-ratanya hanya
bergantung kepada akhbar dan radio bagi mendapatkan sumber berita. Imej dan
gambar yang sebelumnya hanya dapat dibayangkan melalui naratif dan imaginasi,
ketika itu dapat dipancarkan melalui alat media televisyen dan hal ini mengubah
cara masyarakat melihat keadaan sekeliling. Siaran berita dapat ditonton secara
langsung tanpa dibatasi oleh jarak dan masa. Anggota masyarakat semakin ditarik
untuk berada di hadapan televisyen sehinggakan gaya hidup seharian diubah
semata-mata untuk memastikan slot masa di hadapan skrin tidak terganggu. Televisyen
menjadi satu keperluan di dalam setiap isi rumah. Peningkatan taraf hidup
anggota masyarakat pula telah memungkinkan bagi meraka untuk melengkapkan
televisyen di rumah masing-masing. Keadaan yang sebegini telah menyediakan satu
keadaaan yang sesuai untuk pasaran media. Pada tahun 1984, sebuah stesen
televisyen swasta pertama di Malaysia ditubuhkan iaitu Sistem Televisyen
Malaysia Berhad yang bergerak di bawah jenama TV3.

Penubuhan TV3
menjadi titik tolak bermulanya media penyiaran sebagai sebuah industri yang
berperanan besar dalam membentuk sudut pandang yang baru kepada anggota
masyarakat. Menurut Pengarah Urusan TV3 ketika itu, En Tawfik Tun Dr Ismail,
“TV3 sedang cuba membangunkan masyarakat yang lebih berpendidikan dan
berpandangan luas di sekitar Kuala Lumpur kerana ia mencerminkan negara secara
umumnya” (Wan Abdul Kadir, 1988). Bertindak selaku salah satu pemain industri,
TV3 tidak lari daripada menerapkan konsep perniagaan dalam model perniagaan
mereka. Masyarakat awam adalah satu peluang pasaran yang luas dan kejayaan
untuk menarik pasaran tersebut ke arah stesen mereka akan mendatangkan
keuntungan. Oleh yang demikian, TV3 berusaha untuk menyediakan kandungan media
yang lebih menarik supaya mereka mampu menyaingi stesen komunikasi kerajaan.
Kandungan yang diolah adalah lebih segar dan santai, serta direka untuk
menepati citarasa golongan masyarakat yang pelbagai. Jadual 1 menerangkan
analisis rancangan remaja yang disiarkan di TV3 pada tahun 1998 mengikut jam.

Trend
perkembangan media penyiaran menjadi semakin rancak sekitar tahun 1990-an
dengan pertambahan pemain industri media.            Pada
Julai 1995, sebuah lagi stesen televisyen swasta iaitu Metro Vision ditubuhkan.
Ini diikuti oleh pelancaran sebuah stesen televisyen berbayar pertama di negara
kita iaitu Mega TV pada November 1995. Pada Oktober 1996 pula, televisyen
satelit pertama, ASTRO memulakan siaran percubaannya dengan menawarkan sebanyak
22 saluran televisyen dan 8 saluran radio. Perkembangan industri media
penyiaran tidak berhenti setakat itu. Jadual 2 menunjukkan saluran-saluran
media umum utama yang mendominasi industri media penyiaran di negara kita sepanjang
40 tahun.

Orientasi
rancangan yang disiarkan pada awal penembusan industri media penyiaran telah
menampakkan bahawa rancangan hiburan dan berita-berita sensasi dijadikan daya penarik
utama untuk menarik minat anggota masyarakat. Masyarakat lebih senang dengan rancangan-rancangan
yang bersifat santai dan hiburan daripada menonton rancangan yang bersifat
berat isi kandungannya dan serius. Secara tidak langsung, ideologi dan sudut
pandang anggota masyarakat dihadkan kepada perkara-perkara yang bersifat mudah
dan menghiburkan. Namun begitu, ada pihak yang menyatakan bahawa para penonton
berhak untuk memilih rancangan yang mereka tonton. Pemain industri media
penyiaran hanya menyediakan kandungan yang dimahukan oleh para penonton dan
keinginan masyarakat lebih menjurus kepada orientasi hiburan. Stesen televisyen
swasta tidak seharusnya dijadikan kambing hitam kerana wujud juga permintaan
yang tinggi terhadap industri pita video. Menurut Menteri Penerangan pada
ketika itu, Dato Mohamed Rahmat,  melalui
catatan Samsudin (1994), industri pita video telah berkembang dengan pesat
sehingga nilai sewaan pita video telah mencapai angka RM 246 juta. Menurut
beliau, membiarkan industri pita video berkembang hanya akan mendedahkan lagi
anggota masyarakat kepada kandungan yang tidak ditapis yang mungkin mengandungi
unsur ganas, tahyul dan seks melampau. Namun begitu, tidak kiralah industri
penyiaran atau pun industri pita video, kedua-dua saluran ini dapat kita jadikan
sebagai bukti kepada dominasi budaya hedonisme yang menguasai persekitaran
masyarakat. Masyarakat di kelilingi oleh saluran yang pelbagai bagi mencapai
kepuasan berhibur dan peluang yang terbuka ini hanya dapat dikawal dengan rasa
pertimbangan individu. Pilihan sememangnya terletak di tangan anggota
masyarakat, namun sekatan yang sepenuhnya tidak dapat dilaksanakan terhadap
kandungan media lantaran wujud kepentingan pihak yang tertentu di samping kadar
permintaan yang tidak pernah putus.