Keluarga kali anda menyusukan bayi atau menidurkannya, ajari

Keluarga mana yang tidak gembira apabila si ibu disahkan hamil
lagi. Apatah lagi ibu bapa berfikir bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk
memberikan adik kepada anak sulung mereka. Namun, kerisauan sering melanda
apabila mereka mendapat gelengan daripada anak sulung apabila bertanyakan
tentang adik. Tambahan pula usia anak sulung yang masih kecil menyukarkan lagi
untuk dia memahami situasi tersebut. Oleh itu, Bayipedia ingin berkongsi beberapa
Parenting Tips! yang boleh diamalkan
oleh ibu bapa yang bakal menyambut anak kedua mereka dan juga mempersiapkan
anak sulung untuk menerima kehadiran orang baru.

Beritahu
mereka tentang kehadiran adik dalam kandungan

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Pada awal kehamilan anda, pastikan anda sentiasa
memberitahu tentang kehadiran adiknya. Jangan beritahu lewat ketika kandungan
mulai membesar kerana bimbang anak sulung sukar menerima dan memahami situasi
tersebut. Ini adalah kerana mereka juga memerlukan masa untuk menerima dan
memahami sesuatu yang baru bagi mereka.

Tunjukkan
gambar-gambar bayi

Biasanya, kanak-kanak yang sedang membesar lebih tertarik
kepada gambar. Oleh itu, gunakanlah masa ini untuk memperlihatkan gambar-gambar
bayi kepada anak anda, barulah mereka mempunyai rasa yang teruja dan fikiran
yang positif tentang mereka yang bakal lahir.

Berikan
hadiah kepada anak sulung

Ketika kelahiran si adik, ibu bapa perlu memberikan
hadiah kepada anak sulung untuk menarik perhatian mereka kerana kebiasaanya,
pelawat yang bertandang lebih menumpukan perhatian kepada bayi yang baru lahir.

Beritahu
mereka apa yang boleh dilakukan pada bayi yang baru lahir

Amat penting untuk ibu memberitahu anaknya apa yang boleh
dilakukan kepada bayi yang baru lahir. Jangan sesekali menipu anak sulung
dengan mengatakan bahawa mereka boleh bermain dengan si adik setelah dia lahir
nanti. Takut mereka kecewa pula dan mula bersikap kasar dengan bayi yang cuma tahu
tidur dan menangis sahaja.

 

 

 

Menjadikan
mereka rasa penting dan diperlukan

Ibu bapa perlu membuat anak mereka rasa terikat, penting
dan diperlukan dalam menguruskan hal adiknya. Ajak mereka untuk melakukan
aktiviti bersama-sama dalam menguruskan adik seperti memandikannya serta
meminta bantuan.

Berikan
perhatian yang adil

Ketika lahirnya bayi anda, perhatian anda pasti akan lebih
tertumpu kepada bayi kerana sememangnya bayi memerlukan penjagaan yang rapi.
Pada waktu ini, anak sulung akan mula rasa takut dan meragam kerana dia
memikirkan bahawa anda sudah tidak mempedulikannya lagi.

Jaga
emosi

Menguruskan anak yang baru lahir pastinya meletihkan dan
memenatkan. Tapi janganlah sampai mengabaikan emosi anda, terutamanya ketika
anak sulung anda merengek dan meragam. Jangan kerap memarahi anak sulung anda
yang kadang-kadang tidak sengaja menyakiti adiknya atau membuat bising dan menjadi
terlalu aktif.

Ajar
menyayangi adiknya

Setiap kali anda menyusukan bayi atau menidurkannya,
ajari anak sulung anda untuk menyayangi dan mencium adiknya. Mereka pasti akan berasa
teruja dan secara tidak langsung membuatkannya lebih menyayangi adiknya.

Memuji
kelakuannya

Pujilah kelakuan anak anda mengenai apa sahaja yang dia
lakukan selagi tidak membahayakan. Hal ini akan membuat mereka rasa dihargai
dan disayangi. Ucapkanlah kata-kata yang baik dan membina semangat anak anda.

Persediaan buat anak sulung amatlah perlu untuk
mengurangkan dan mengelakkan rasa cemburu dalam diri anak sulung terhadap
adiknya yang mungkin memerlukan perhatian yang lebih. Kebiasaannya mereka akan
rasa terpinggir dan merasakan bahawa perhatian ibu bapa lebih tertumpu kepada
adiknya yang baru lahir meskipun kita telah memberikan yang terbaik kepada
mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengambil langkah awal bagi mengelakkan
berlakunya hal yang tidak diingini pada masa akan datang.