Cabaran guna sehingga mendatangkan masalah sosial di kalangan

Cabaran

 

Media sosial adalah medium utama untuk berkomunikasi dan juga
mendapatkan maklumat pada masa kini. Bagaimapun, kewujudan media sosial telah
di salah guna sehingga mendatangkan masalah sosial di kalangan remaja masa
kini. Masalah sosial ini merangkumi berbagai perlakuan  negatif yang tidak membawa sebarang
keuntungan kepada  masyarakat ataupun
negara sebaliknya mendatangkan masalah lain yang mengundang perlakuan jenayah.
Dalam sistem perundangan tidak ada definisi khusus  bagi mengkategorikan istilah remaja. Akta
Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan  seorang kanak-kanak adalah mereka yang  berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14
tahun. Dalam Akta Pengangkatan 
1952,  kanak-kanak didefinisikan
mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak
menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah
remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur  di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada
mereka masih dalam alam persekolahan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Di Malaysia,  remaja
merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk yang menetap di negara
ini. Bilangan mereka yang ramai, menyebabkan masalah yang berkaitan kelompok
ini juga tinggi. Data dan statistik  telah
menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini juga adalah
semakin serius. Statistik  menunjukkan
lebih 30 peratus anak muda mempunyai akses kepada pornografi dengan lebih satu
pertiga daripadanya adalah remaja berumur bawah 17tahun. Selain itu, antara
punca yang dikenal pasti adalah penyalahgunaan media sosial. Tiga
penyalahgunaan media sosial dan siber yang dapat dikenalpasti adalah buli
siber, pengaruh media sosial dan jenayah siber. Tak kurang juga terdapat
remaja-remaja ini berani mengiklankan perkhidmatan seks melalui media sosial
dimana pengetahuan mereka dalam hal ini masih rendah membuatkan mereka terdedah
kepada masalah-masalah lain seperti penyakit dan juga mengandung anak luar
nikah. Jumlah kelahiran anak luar nikah telah meningkat melebihi  setengah juta dalam  11tahun ini sehingga jun 2017. Kehadiran
anak-anak luar nikah ini adalah satu penanda masalah sosial di kalangan remaja
dilihat semakin serius. Walaubagaimanapun terdapat penurunan  terhadap kes buli dan ponteng sekolah. Ini
menunjukkan kesedaran pentingnya akademik di kalangan remaja meningkat selain
kaedah-kaedah baru yang digunakan guru bagi menarik minat mereka untuk hadir ke
sekolah.

 

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan
ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Kini, masalah terbaru
yang melanda kanak-kanak dan remaja adalah ketagihan internet. Ketagihan
internet kanak-kanak dan remaja di negara ini tidak boleh dipandang remeh
kerana ketagihan boleh mendominasi kehidupan mereka, merosakkan pergaulan
sosial, menggugat fikiran, pembelajaran serta mengganggu emosi. Ketagihan
internet berisiko menjejaskan hubungan kekeluargaan dan mengurangkan penyertaan
kanak-kanak ini dalam bidang sukan dan rekreasi. Kajian pengguna internet MCMC
2016 menunjukkan kadar penembusan jalur lebar di Malaysia mencapai hampir 78
peratus. Kajian juga mendapati golongan yang masih bersekolah menghabiskan
paling banyak masa dalam talian, iaitu sebanyak 20.9 jam seminggu. Media sosial
bukan lah satu perkara yang mendatangkan keburukan, sebaliknya dari aspek
positif, media sosial memudahkan dalam penyampaian maklumat dengan tepat, cepat
dan berkesan.

 

Penyalahgunaan Media
Sosial

 

Penyalahgunaan media sosial terjadi apabila tercetusnya idea negatif
di kalangan remaja ini untuk membuat sesuatu yang diluar normalnya. Apabila
tiada pemantauan daripada orang dewasa seperti penjaga dan ibu bapa, maka
mereka lebih terdorong untuk melakukan sesuatu diluar batas yang sepatutnya. Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima sebanyak 6,725 aduan
mengenai penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi dan media sosial sepanjang
tempoh 10 bulan tahun 2017. Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan
Penguatkuasaan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata statistik itu menunjukkan
peningkatan sebanyak 21% berbanding 4,919 aduan yang diterima SKMM pada tahun
lepas. Menurut beliau, aplikasi media sosial yang paling banyak disalahgunakan
oleh pengguna Internet di negara ini adalah Facebook iaitu sebanyak 70% diikuti
WhatsApp dan Twitter. SKMM turut menyekat capaian kepada 2,765 laman sesawang
sehingga kini yang mengandungi laman kandungan lucah, laman menjijikkan, laman
bersifat mengancam dan laman palsu kerana melanggar Akta Komunikaisi dan
Multimedia 1998. SKMM juga menjangkakan penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi
dan media sosial akan meningkat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang
bakal diadakan pada bila-bila masa.

 

“Ini kerana trend peningkatan penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi
dan media sosial berlaku semasa PRU 2008 dan 2013,” kata beliau. (Ketua Pegawai
Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin)

 

Gaya
Hidup

 

Pesatnya
perkembangan teknologi informasi dan komunikasi seperti media massa dan media
sosial menyebabkan terjadi perubahan secara cepat dimana-mana.Media massa dan
media sosial sedikit demi sedikit membawa masuk masyarakat ke suatu pola budaya
baru dan mulai menentukan polar pola fikir serta budaya perilaku masyarakat.
Tanpa disedari media sosial telah ikut mengatur jadual hidup kita serta menciptakan
sejumlah keperluan. Kewujudan media sosial dalam menyediakan informasi ke arah
memacu perubahan serta banyak membawa pengaruh pada pola kehidupan masyarakat
kini.

 

Cohen,
B.,(1960) seorang tokoh komunikasi berpendapat bahawa meskipun media tidak
memberi tahu apa yang harus kita pikirkan, tetapi memengaruhi apa yang kita
pikirkan.

Media
sosial sedikit demi sedikit membawa masyarakat ke suatu pola budaya baru dan
mulai menentukan pola pemikiran serta budaya perilaku masyarakat. Tanpa
disedari media massa telah ikut mengatur jadual hidup kita serta menciptakan
sejumlah keperluan atau kehendak kita.

 

Pengaruh
Positif

Kesan
positif media sosial terhadap masyarakat ialah masyarakat akan memperolehi
sesuatu

berita
dengan lebih pantas. Contohnya, berita- berita luar negara, walaupun berada di
negara

yang
berbeza namun maklumat dan informasi dengan pantas melalui media sosial. Hal
ini akan menyebabkan masyarakat bersikap lebih peka terhadap isu-isu semasa. Penggunaan
internet dan telefon bimbit membolehkan masyarakat keluar dari kepompongnya. Hal
ini kerana apabila adanya interaksi dua hala antara sesuatu masyarakat dengan
masyarakat yang lain maka kita dapat melihat dari sudut pandangan melebihi dari
kaca mata kita sahaja. Sebaliknya kita akan membuat penilaian mengenai
masyarakat luar juga. Pertukaran idea dan pendapat ini mendorong masyarakat
untuk berusaha kearah yang lebih baik. Selain itu media sosial amat
mempengaruhi kesan kognitif media seperti pembentukkan sikap iaitu perkara yang
berlaku dalam persekitaran yang berkaitan dengan ekonomi, politik, agama,
keaamanan, adat dan tatasusila. Contohnya media sosial memaparkan kempen-kempen
seperti kempen membaca, kempen Cintai Alam Sekitar dan yang paling popular kini
larian suku atau separuh marathon di pusat bandar, mahupun larian lasak di
taman taman botanik dilihat berjaya untuk mempengaruhi masyarakat untuk
menyertainya. Apabila adanya penyertaan oleh masyarakat iaitu sambutan yang
menggalakkan, maka ianya menjustifikasikan bahawa khalayak mampu dipengaruhi
oleh media sosial.

 

Pengaruh
Negatif

Media
sosial merupakan salah satu alat untuk menyebarkan informasi, pesanan,
pendapat,

rumor,
gossip, propaganda dan sebagainya kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Sebagai contoh, di era globalisasi ini, setiap perubahan berlaku dengan pantas
seperti rekaan fesyen, muzik, selera makanan- minuman, semua turut berubah mengikut
masa. Begitu juga dengan media massa. Media sosial di zaman era globalisasi ini
dengan adanya telefon bimbit yang canggih (smart phone) mengakibatkan berita
yang tersebar semakin tidak berkualiti bahkan kadang- kadang berita yang belum
dikenal pasti atau merupakan satu fitnah. Pengaruh negatif yang lainnya adalah,
media massa zaman sekarang yang biasa diatur penyiarannya. Di era globalisasi
ini, banyak sekali orang yang ‘menghalalkan’ segala cara. Jadi media sosial
yang menjadi wadah untuk menyampaikan berita pun merebak kekeseluruhannya.

Tidak
dapat dinafikan lagi, media sosial merupakan penyumbang utama

kepada
keruntuhan moral di kalangan remaja.

 

Justeru,
sebagai ibu bapa  dan anggota masyarakat
yang bertanggungjawab, kita seharusnya 
menjalankan kewajipan dengan merancang 
aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,  pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta
mengawal selia anak sepanjang masa agar tidak menyalahgunakan media sosial.
Media sosial sebenarnya memberi banyak kebaikan kepada masyarakat seluruh
dunia. Sebagai contoh, media sosial memudahkan komunikasi bukan sekadar dua
hala,  dan kini media sosial boleh
digunakan bagi tujuan  bermesyuarat  secara atas talian dimana kedudukan peserta
adalah dari pelbagai lokasi dan tidak terhad kepada penggunaan komputer sahaja
sebaliknya boleh diakses melalui telefon juga.